Friday, August 28, 2009

bazar ramadhan peringgit

pada hari ke-7 ramadhan, baru laa aku mula keluar dari TTU untuk beli juadah lauk berbuka, sebelum ni asyik2 pergi mydin, bazar TTU & restoran nadia (sebab nak jimat minyak motor), 2 hari berturut2 sebelum ni pulak berbuka free, memandangkan hari ni aku & housemate aku xde kelas, kitaorg pon pegi laa mengular jauh sikit, hari ni kitaorg pergi bazar peringgit, kira2 10 km dr rumah sewa aku

Masa perjalanan ada laa dalam 20 minit,jalan tu dah laa tengah renovate, kereta pon banyak sebab orang baru balik kerja, nasib baik laa semua traffic light yg aku lalu bertukar hijau bila aku lalu kat situ

Aku datang bazar ni just nak beli lauk & air je, nasi dah masak kat rumah (thanx shazuan masak kan nasi), antara menu yg famous kat bazar ni ialah ayam percik Bangsar,kalau nak beli ayam percik ni, kena laa datang awal2 kalau x nak beratur panjang, lg satu yg best kat bazar ni sebab ada pakcik jual murtabak, pakcik ni suka jerit "lambat tak dapat", padahal banyak lagi murtabak yg x terjual atas meja dia (pakcik nih memang dh kena bahan dgn classmate aku dr taun lepas lg, hihi...)

lain2 gerai yg laku kat sini ialah gerai ayam goreng (ayam rangka, hati ayam goreng,sume yg sebangsa dengan nya ada kt sini) & gerai nasi kerabu, hari ni aku just beli ayam rendang & air cincau je, ak betul2 kagum dgn abang yg jual air nih, dia jual air harga rm1 tapi air dia sama banyak dengan air gerai lain yg harga rm2, dia sanggup untung sikit untuk x beban kan pembeli, salah satu sebab orang cepat bankrupt bila berniaga ialah nak untung cepat sampai sanggup naik kan harga produk,

kan bagus kalau semua peniaga berfikir macam mana abang ni berfikir....

Saturday, August 22, 2009

Jangan Tegur



selepas tarawih dan balik dari jalan2 kat Jusco, aku pun buka komputer housemate aku sebab nak tengok cerita ni, nak tau jugak seram ke tak cerita ni

Cerita ni bermula bila Natasya (Julia Ziegler) accident & koma, lepas sedar dari koma Natasya selalu bermimpi & diganggu oleh Baizura (Nadia Mustafar), dek ingin tahu apa kaitan dirinya dengan Baizura, Natasya pergi menyiasat siapa Baizura sebenarnya...

Walaupun aku tengok filem ni pada bulan Ramadhan & secara berjemaah dengan housemate aku, perasaan takut tu tetap ada... buktinya masa tengok cerita ni kitaorang semua tutup mata, ada yg tutup mata dengan tangan, tutup dengan bantal, selubung diri dengan selimut, ada jugak yg menyorok belakang aku....(x boleh blah betul), pada aku ketakutan dalam cerita ni datang dari sound effect, kalau aku tutup speaker tu rasanya xde la rasa takut yang teramat....cuma yg tak best nya filem ni pendek sangat, duration just 1 jam 19 minit.

Harap2 lepas ni lagi banyak filem seram Melayu yg keluar sebab aku memang suka tengok cerita hantu, even aku tengok cerita hantu sambil tutup mata pakai bantal :p

1st ramadhan

alhamdulilah....hari ni dah masuk hari kedua puasa, setakat ni puasa aku berjalan lancar sebab belum lagi berpuasa pada hari kuliah, so agak2 ngantuk je terus tidur, tengok laa esok bila kelas dah start, aku dah tahan diri aku dari ponteng kelas sebelum bulan puasa, semata2 nak simpan ponteng tu untuk bulan puasa, hehe....

untuk hari pertama puasa, aku sempat ambil gambar aktiviti2 sihat yg dilakukan housemate aku, antara aktiviti tu ialah...



1. Tidur : aktiviti ni yg paling sesuai dilakukan pd bulan puasa, especially pada hari cuti, maklumlah malam sebelum tu penat tarawih



2. Main Dota : yg ni bukan setakat bulan puasa, bulan2 lain pun aktiviti ni rancak, tapi aktiviti ni boleh mengurangkan pahala puasa, especially bila main dengan teammate yg noob & feeder, sebab asyik nak marah dan mencarut je...



3. online Tagged @ Facebook @ Friendster : aktiviti ni dapat merapatkan ukhwah sesama umat manusia, walaupun hakikatnya cuma bertegur dalam alam maya je, bila terserempak kat alam realiti, masing2 buat x kenal je



4. tengok movie : pada siang hari cerita yg ditayangkan ialah ice age 3, bila malam tayangan makin rancak, 2 filem jadi bahan tontonan waktu malam, paling tak boleh blah masa tengok Jangan Tegur, haha....

Friday, August 21, 2009

kokurikulum kembara UTeM

Untuk sem 5, aku dimestikan ambil subjek kokurikulum, lepas berpakat dengan classmate aku, kami seramai 17 orang pun register laa subjek kokurikulum kembara, untuk subjek ni kitaorang akan belajar asas aktiviti luar, contohnya kayak,camping,abseiling & ikatan perkhemahan, untuk sem ni, ada 63 orang ambil subjek ni...


Untuk aktiviti kayak, kitaorang buat kelas kat Taman Tasik Ayer Keroh, sebelum mula berkayak En. Shaiful(penasihat kokurikulum kembara) bagi penerangan tentang kayak dan PFD (personal floating device), lepas habis penerangan pelajar dibahagi kepada 2 kumpulan (sebab kayak x cukup untuk semua orang), kumpulan 1 buat water confidence & kumpulan 2 berkayak, nasib aku agak malang sebab aku dapat kumpulan 1, terpaksa laa membasahkan diri dalam tasik....., untuk water confidence kitaorg disuruh baring, meniarap dan membuat aksi2 berani (betul ke terms yg aku pakai ni?) di permukaan tasik, waktu ni memang seronok laa sebab main air...paling x best bila dah naik tebing, badan rasa gatal & baju bau lumpur



Lepas habis water confidence, kumpulan 1 pula yang main kayak..., yang buat aku dengki, kumpulan 2 tak kena buat water confidence sebab masa dah suntuk, x puashati aku....
waktu berkayak kita orang diajar cara untuk mendayung, membelok berhenti, serta cara untuk buat 180 degree & 360 degree turning, oleh sebab hampir maghrib, kumpulan 1 x dapat berkayak lama, sekadar cukupkan syllabus je



(sepatutnya kokurikulum kembara UTeM nak panjat Gunung Datuk, tapi sebab H1N1 terpaksa ditangguhkan @ dibatalkan, huhu....)


Mydin MITC

dah dekat 2 bulan tak buka blog, betul kata kawan aku, tak baik umpat orang, nanti kena kat diri sendiri (cuba baca 1st post aku..), last2 ku jugak yg hangat2 tahi ayam bila buat blog,adeh....

Sem ni 1st time aku duduk rumah sewa. Tempat lepak best yang paling dekat dgn rumah aku mesti laa Mydin MITC Melaka, haha...., sebenarnya aku takde laa nak pergi tiap2 hari, tapi sebab housemate aku nak jumpa abang2 diaorang yang kerja kat situ (dalam maksud lain, Bangla), terpaksa laa aku teman kan.



Mydin ni dibuka pada 10 april 2009, beberapa hari sebelum aku ambil final exam sem 4. Mydin MITC ni berkonsepkan hypermarket, macam Giant & Tesco. Kat Mydin ni disediakan food court (known as Rasa Village). Tapi aku suggest korang x payah makan kat food court ni, mahal sangat....,ada ke patut mee sizzling 1 pinggan rm7, kat Giant pun boleh dapat rm5 je. Bila datang mydin ni, antara tempat paling aku suka pergi ialah Donut Empire, kat sini macam2 donut boleh jumpa, aku paling suka Double Heart (ada chocolate topping & chocolate filling ) & Choz O'nutter (ada peanut butter filling), harga 1 biji donut ni rm2.20,

Lagi satu tempat wajib aku pergi bila kat mydin ni ialah tempat jual ayam panggang.., ayam panggang Mydin ni agak lain sebab kita x akan cepat rasa muak bila makan ayam ni, kalau aku beli ayam panggang, aku pilih favourite aku, Black Pepper, even Honey & BBQ pun ada jual kat situ, Mydin MITC ni ada jugak sediakan bahagian untuk penyewa luar menyewa dalam Mydin, antara penyewa yg ada kat Mydin ni ialah Donut Empire, Habib Jewels, Axis Optometrist,...

Kat Mydin ni pun ada 5 mesin ATM iaitu dari Alliance Bank, AmBank, Maybank, BSN & Bank Islam. Kalau siapa2 pergi mesin ATM Bank Islam kat Mydin MITC, korang boleh tengok ramai budak2 UTeM keluarkan duit PTPTN kat situ, sebab itu laa ATM Bank Islam paling dekat dengan kolej kediaman

Walaupun sering difitnah bila nak pergi Mydin (budak2 ni tuduh aku pergi Mydin sebab nak punch card & masuk kerja, hampeh betul....), aku akan selalu datang Mydin, kepada roommate aku (Amin & Shazuan), kalau korang nak jumpa abang korang kat Mydin, jangan lupa ajak aku ;p

Thursday, July 9, 2009

lama dah x buka blog...

Agak lama jugak aku tak bukak blog ni, ada laa dalam 2 bulan. Alasan utama aku tak update blog ni adalah sebab takde akses internet kat umah aku. Hari ni baru hari keempat aku dapat internet.

Sebenarnya memang ada bahan aku nak isi dalam blog ni, tapi sebab dah terlampau lama bercuti, banyak fakta yang aku dah lupa. Kena laa aku tengok balik gambar2 aku ambil, tak la tersilap fakta nanti bila masuk dalam blog

Monday, May 11, 2009

berhijrah ke rumah sewa

salam semua....
setelah 2 tahun tinggal di dalam kolej kediaman, akhirnya aku akan berpindah ke rumah sewa aku di 45, Jln. TU18, Taman Tasik Utama (TTU), Ayer Keroh. Dah menjadi peraturan kat UTeM, pelajar tahun 3 dan ke atas harus lah menetap di luar. Walaupun aku boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman, tapi apa gunanya tinggal di kolej kediaman tanpa rakan2 aku yang lain, dan dikelilingi junior yang aku tak pernah kenal. Kalau tinggal dengan junior, takde laa orang nak kejutkan aku pergi kelas,hmm....(selama aku satu rumah dengan classmate aku pun selalu datang kelas lewat :p)

Aku dah merasa tinggal di 3 kolej kediaman (Bunga Raya, Murni, Emerald Park). Waktu aku tinggal kat Bunga Raya, student perempuan Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) pun tinggal kat situ jugak. Seronok jugak masa tu sebab dapat naik bas pergi & balik kampus dengan student perempuan, dapat laa cuci mata sikit,maklumlah....kelas aku takde student perempuan. Waktu ni budak2 kelas aku agak famous di kalangan student FTMK sebab ramai budak2 kelas aku suka kacau student FTMK yang tinggal kat Bunga Raya,hehe....

Masa duduk Murni pulak agak terseksa,jauh dari kedai. Nak pergi mana2 mesti naik motor. Saiz bilik pun terlampau kecil. Waktu kat Murni, laptop sorang housemate aku kena curi. Kesimpulannya Murni bukan kolej kediaman yang aku suka.


Nasib baik laa bila masuk sem 4 aku pindah kat Emerald Park, kolej kediaman paling mwah kat UTeM. Security kat sini agak baik. Nak buka pintu kat tangga pun kena scan kad kat scanner. Kat sini student UTeM berkongsi kolej kediaman dengan student MMU. Sepanjang aku duduk kat sini, tak pernah pulak aku tegur student MMU. Student UTeM kata student MMU sombong sebab student MMU kaya, student MMU pulak kata student UTeM sombong sebab student UTeM pandai. Aku pun tak tau siapa yang sombong sebenarnya.


Bila dah pindah ke rumah sewa, adalah beberapa perkara yang tak boleh nak buat di rumah sewa. Antaranya ialah:

1. Tak dapat nak menjerit2 sesuka hati. Maklumlah tinggal berjiran, kena laa hormat jiran yang ada anak kecik

2. Tak dapat nak pergi makan kat Infasha, Impiana & air buah. Garlic cheese nan, kangen sama kamu.....

3. Tak boleh nak membazir elektrik. Kalau kat kolej kediaman, membazir laa banyak mana pun, tak payah nak bayar bil.

4. Tak dapat nak pasang woofer kuat2

Akhir kata dari aku, adios kolej kediaman, hola rumah sewa....

Saturday, May 9, 2009

jonker walk melaka


salam semua....
kalau di KL ada Petaling Street aka Chinatown versi KL, Melaka pun ada Chinatown sendiri iaitu Jonker Walk. Jonker Walk ni terletak di Jalan Hang Jebat. Pada waktu malam, jalan ini akan ditutup daripada lalu-lintas dan banyak gerai akan dibuka di kiri & kanan jalan ini. Oleh kerana Jonker Walk ialah Chinatown, kebanyakan peniaga di sini adalah berbangsa Cina.

Kalau ada yang ingat Jonker Walk ni macam pasar malam, korang memang silap. Ya, kat Jonker Walk memang ada jual wallet, permainan, kuih (tart nenas, baulu, pau, etc.), makanan (dim sum,sotong kering bakar, yong tau fu), sunglasses dan segala apa yang ada kat pasar malam. Tapi kat Jonker Walk juga ada jual benda yang takde kat pasar malam biasa.


Kat Jonker Walk korang boleh jumpa peniaga yang menjual syiling & wang kertas lama. Antara syiling yang dijual ialah syiling RM5 (kat belakang syiling ni ada gambar Tunku Abdul Rahman), syiling zaman British (ada gambar Queen Elizabeth) dan syiling daripada luar negara (Singapore, Solomon Island, Britain). Wang kertas yang boleh didapati kat sini ialah not RM20 (warna kelabu, gambar Bank Negara), duit pisang (duit kertas zaman jepun, gambar pokok pisang), not RM10 lama dan duit kertas dari luar negara (Brunei, Arab Saudi, Indonesia, etc.). Kalau nak beli syiling & duit lama kat sini, korang kena pandai runding harga dengan peniaga kat sini. Pandai berunding dapat laa harga murah.

Koleksi barang2 antik pun ada dijual di sini macam, tapi aku tak dapat nak ambil gambar barang2 antik tu sebab kedai antik kat situ tak bagi orang ambil gambar. Antara barang antik yang ada kat sini ialah tepak sirih, pinggan porselin, keris dan lain2.

Kalau ada yang tercari2 kaligrafi Cina, kat sini ada sorang peniaga menghasilkan kaligrafi Cina. Korang boleh tengok dari dekat camne peniaga ni menghasilkan kaligrafi di atas kertas. Walaupun cacat kedua2 belah tangan, kaligrafi yang dihasilkan agak menarik. Tapi jangan korang minta dia buat kaligrafi jawi, menangis pulak dia nanti.....Sebab aku tak pandai berbahasa Cina, aku pun tak tau apa yang ditulis kat kaligrafi tu,hehe...,nak tau kena la pergi sendiri kat Jonker Walk.
Sape2 yang teringin buat tatoo, boleh buat kat Jonker Walk. Tapi tatoo ni tak permanent, 7 - 21 hari hilang dari badan. Tapi aku nak tegas kan kat sini, tatoo adalah HARAM di sisi Islam even tatoo yang tak permanent.


Aksesori seperti gelang dan rantai ada dijual di sini. Agak stylo jugak gelang & rantai yang ada kat sini. Macam2 design ada sampai rambang mata. Sempat jugak aku usha beberapa rantai, antara yang stylo ialah rantai berlambang kepala kerbau, lambang Naruto & lambang peace. Kat Jonker Walk ni jugak kedai2 yang dijadikan bar, orang ramai boleh berkaraoke,menari & minum minuman keras. Rupa bentuk kedai2 di sini masih dikekalkan, supaya kelihatan klasik.


Siapa2 yang nak menghias rumah ala2 Casa Impian, aksesori seperti lampu hiasan, replika senjata (pedang samurai, pistol, pisau) & lilin berbagai warna boleh dicari di sini. Barang2 yang dijual di sini boleh dikatakan eksotik,rasa2nya Eric Leong pun boleh jealous tengok rumah korang nanti. Cenderahati yang beridentitikan Melaka juga dijual di Jonker Walk, daripada key-chain, t-shirt, & mug semua boleh didapati di sini. Jika berjalan kaki mengikut Jalan Hang Jebat, korang akan jumpa Makam Hang Kasturi. Tapi masa aku pergi kat situ, makam itu ditutup, mungkin makam tu ditutup waktu malam.

Kawasan Jonker Street ini agak panjang, ada beberapa lorong yang aku tak masuk sebab dah penat berjalan kaki. Kalau nak pergi ke Jonker Walk, korang boleh letak kereta berhampiran Tamil Methodist Church, tak jauh dari Taman Kota Laksamana. Korang juga boleh meletak kereta di tepi sungai,berdekatan dengan Bangunan Stadhuys. Senang cerita..., korang buka link kat bawah, link ni peta lokasi Jonker Walk

http://maps.google.com/maps?q=jonker+walk+melaka&oe=utf-8&rls=org.mozilla:en-GB:official&client=firefox-a&um=1&ie=UTF-8&split=0&gl=my&ei=apsGSqS9GIWGkQXSqLXGAQ&sa=X&oi=geocode_result&ct=image&resnum=1

kesukaran mengupdate blog

salam semua....
sejak mula cuti sem ni, aku jarang online sebab rumah aku xde internet, kalau nak online terpaksalah aku pergi CC. Takde laa jauh sangat CC tu....., tapi sebab aku ni malas nak keluar rumah, terbiar je blog aku ni.....

terkejut aku bila dah 2 minggu tak buka blog ni, makin ramai view blog aku, terharu aku, sob3x...
ni yang buat aku semangat nak buat post baru...

Thursday, April 23, 2009

aktiviti selepas habis final exam

salam semua....
aku betul2 lega lepas habis final exam, tak payah fikir nak study, sedangkan ramai lagi kawan-kawan aku yang tengah serabut baca buku (exam diaorang tak habis lagi....).

Sehari lepas final exam, kawan aku ajak makan kat McD Ayer Keroh. McD ni letaknya kat sebelah Taman Buaya & depan Zoo Melaka. McD ni dibuka 24 jam. Siapa yang nak tapau bawa balik rumah, McD ni ada Drive Thru.Sebelum menggunakan kemudahan Drive Thru, pastikan korang bawa kereta sendiri, jangan la korang dengan selamba jalan kaki pergi kat Drive Thru & order menu kat situ...... Kemudahan WiFi jugak ada kat sini. Siapa2 yang suka tengok EPL, boleh bawak kawan2 lepak kat sini sebab kat bahagian luar, ada disediakan TV flat screen.


Selepas diajak kawan aku untuk makan kat sini, aku pun terus setuju. Ye laa..., kat area rumah aku tu tak ada McD, takut kempunan je nanti masa cuti sem. Agak ramai jugak orang masa aku datang kat sini. Abang McD tu ada bagitau ada kerja kosong kat McD tu, emm....,patut tak aku kerja kat situ?

Untuk santapan aku, aku order Big n Tasty (big set), dalam set tu dapat la burger daging yang mengandungi mayonis, keju, tomato dan salad. Kat bawah ni adalah gambar Big n Tasty sebelum masuk dalam perut aku



kat bawah ni lak gambar orang - orang yang tengah sedap melahap produk Yahudi tu, hehe...ingat2 la sikit kat orang Palestin yang ditindas tu....

Wednesday, April 22, 2009

goodbye sem 4.....

Pada hari rabu, 23 april 2009, bertempat di Kompleks Sukan UTeM, berakhirlah sem 4 aku kat UTeM, haha.....Sem ni tak tau la kenapa course aku habis exam awal. Kalau sem sebelum ni, course aku la yang jadi penunggu kat UTeM ni sampai laa habis semua paper exam yang ada kat sini. Sem ni memang course lain jealous la dengan course automotif,he....

aku akan bercuti sampai 5 julai 2009, lebih kurang 2 bulan ++ jugak la aku cuti,
emm.... nak watpe yek cuti ni? Mulai sem depan aku tak akan duduk di hostel UTeM lagi. Aku akan tinggal di rumah sewa kat Taman Tasik Utama (TTU). Ada kawan aku bercadang (tak tau laa jadi ke tak...) nak kerja kat area Melaka ni. Aku pun kalau boleh nak cari duit, tapi rasa malas pulak nak kerja :) .

Cuba korang bagi idea sikit apa aku patut buat cuti ni....,

Kat bawah ni aku sertakan sedikit gambar penderitaan budak-budak UTeM semasa musim exam

Lihat lah betapa menderitanya mereka study....,sampaikan ada yang tak pakai baju sebab kepanasan masa study....,takpe Haikal,bila kita masuk rumah sewa, kita pasang aircond kat rumah tu

Suasana macam ni cuma boleh dilihat bila dah dekat exam je. Suasana ini tak akan dapat dilihat pada hari-hari biasa, siapa2 yang study pada hari-hari biasa memang sah ada yang tak kena dengan orang tu....

Kepada mereka yang tak habis exam, teruskan perjuangan, aku doakan kejayaan korang semua...

Monday, April 20, 2009

computer games



salam semua...
rasanya 99% daripada orang yang membaca blog ni mesti pernah main video games. Kehidupan aku kat UTeM memang tak boleh lari daripada video games. Kadang-kadang kat kedai makan pun cerita pasal game lagi,aku yang tak berapa fanatik ni pun layan je la..... Kali ni aku nak cerita pasal 3 video games yang famous di kalangan classmate aku. 3 video games tu ialah DotA Allstars, Counter Strike (CS) & Pro Evolution Soccer.

Game DotA ni berasaskan game Warcraft 3. Dalam game ni, 2 kumpulan (Scourge & Sentinel) akan mempertahankan base dan Ancient masing-masing daripada diserang. Player boleh pilih berpuluh jenis hero (aku pon x tau jumlah sebenar berapa) untuk berlawan. Maksimum hero bagi setiap kmpulan ialah 5 hero. Hero ni akan dibantu oleh Creep. Player tak payah susah-susah nak kawal Creep, komputer akan kawal Creep.

Hero terbahagi kepada 3 kumpulan besar iaitu Strength, Agility & Intelligence. Setiap hero ada skil yang berlainan. Oleh kerana skil berlainan, items untuk setiap hero jugak berlainan. Gabungan antara items boleh membentuk recipe.Recipe boleh meningkatkan kuasa hero lagi tinggi daripada items. Kalau korang nak menang main game ni,pilih la items & recipe yang betul, kalau tak memang noob la korang....


Game kedua pulak ialah CS. Game ni daripada zaman aku sekolah sampai la sekarang masih bernyawa lagi. Kalau pegi cyber cafe mesti dapat tengok orang main game ni. Dalam game ni, player dibahagi kepada 2 kumpulan, Counter-terrorist & Terrorist. Mision bagi game ni adalah berbeza bagi setiap tempat. Contohnya jika bermain di 'de_dust',mission bagi Terrorist ialah meletakkan bom C4 di tempat yang ditetapkan, mission bagi Counter-terrorist pulak mematikan bom tu. Kalau main di 'cs_assault', misson bagi Counter-terrorist ialah menyelamatkan tebusan, manakala mission bagi Terrorist ialah mengelakkan tebusan daripada diselamatkan Counter-terrorist. Tapi biasanya budak2 yang main game ni tak ikut mission tu pon....,diaorang akan bunuh team lawan diaorang sampai takde lawan yang hidup.



Game ke-3 ialah PES, game yang patut dilayan oleh semua kaki bola. Game ni pesaing sengit kepada game FIFA. Pada aku, gameplay PES ni lagi best daripada FIFA. Skill dan pergerakan bola dia betul2 nampak hidup. Cuma yang kurangnya, game ni tak dapat lesen untuk semua liga,national team, kelab, stadium & player. Tu sebab ada liga,national team, kelab, stadium & player guna nama samaran (Premier league = England league, Chelsea = London FC, Podolski = Pomatski).

Tapi korang boleh edit sendiri semua nama tu. Jersi pon korang boleh ubah sendiri. Siapa2 yang advance tu, boleh edit & letak sponsor yang sebenar kat jersi. Yang menarik nya, national team Thailand pun ada dalam game ni...(bila laa national team Malaysia nak masuk dalam game ni). Untuk PES 2009 ni, ada satu mode baru iaitu 'Become A Legend'.

Saturday, April 18, 2009

Menara Taming Sari Melaka

salam semua...
Sejak lebih setahun yang lepas,Melaka ada satu lagi tempat pelancongan baru iaitu Menara Taming Sari. Menara ini mula dibuka pada 18 April 2008. Aku dah naik menara ni 2 kali. First time aku naik dengan housemate aku. Masa tu menara ni baru buka tak sampai seminggu, dan aku pulak baru nak mula final exam untuk sem 2 kat UTeM.Kali kedua pulak aku naik sehari sebelum hari kebangsaan tahun yang sama.

Menara setinggi 110 meter ni adalah menara pemandangan yang boleh berpusing 360 darjah. Menara ini terletak di Bandar Hilir. Menara ni dekat je dengan tempat pelancongan lain seperti A Famosa, Memorial Kemerdekaan, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Muzium Samudera, Stadhuys, dan Bukit St Paul. Bentuk menara ini diilhamkan daripada keris Taming Sari milik Hang Tuah.


4 orang dalam gambar ni ialah orang-orang yang berjaya naik Menara Taming Sari,ngehehe....asalnya pergi 6 orang, tapi lagi 2 orang tu takut nak naik menara ni.

Harga tiket untuk menaiki menara ini ialah RM20 bagi dewasa dan RM 10 bagi kanak-kanak.Kalau bawa IC dapat diskaun 50% dari harga di atas. Menara ini dilengkapi kerusi dan air-cond,dan sepanjang dalam menara ni,korang akan disajikan dengan lagu-lagu tradisional Melayu. Menara ini mengambil masa 1 minit untuk naik ke atas, 5 minit untuk menara ini kekal di atas & berputar supaya pengunjung boleh melihat pemandangan, dan 1 minit untuk menara ini turun ke bawah semula.



Ini adalah antara beberapa gambar yang dapat kitaorag tangkap atas Menara Taming Sari. Daripada atas menara, korang boleh tengok pemandangan seluruh bandar Melaka, Selat Melaka dan kalau datang petang,boleh tengok matahari terbenam.

Sebenarnya tapak menara ini telah dpindahkan daripada tapak asal. Semasa pembinaan menara ini sedang dijalankan di tapak asal, terdapat runtuhan kota ditemui,dipercayai kota ini dibina semasa zaman Portugis. Satu usaha yang baik dalam memelihara artifak zaman silam.

Untuk pergi ke Menara Taming Sari, korang boleh naik bas yang menghala ke Mahkota Parade. Kalau nak datang dengan kereta sendiri, korang boleh ikut Jalan Taming Sari. Daripada simpang Masjid Al-Azim, terus menghala ke bandar Melaka,jangan belok ke mana-mana selagi tak nampak Menara Taming Sari kat sebelah kiri. Tapi kalau naik kereta sendiri,siap sedia laa dengan traffic jam,lagi2 kalau cuti sekolah.

Sumber rujukan :
http://www.menaratamingsari.com/about-us.html

Thursday, April 16, 2009

Gerai burger

Salam semua....
Masa exam ni kalau tak stay up memang tak sah. Bila dah stay up, confirm lapar bila tengah malam. Bagi aku yang duduk dekat Bukit Beruang, makan tak jadi masalah sebab kedai mamak memang buka sampai awal pagi. Yang penting ada duit. Untuk post kali ni aku nak cerita satu tempat makan. Bukan kedai mamak, tapi gerai burger yang tak jauh dari pintu masuk MMU Melaka dan Emerald Park.

Gerai burger ni buka malam je,siang tutup. Gerai ni dibuka di satu bus stop (aku tak pernah tengok pun orang tunggu bas kat bus stop tu). Gerai ni menjual benjo, burger daging & burger ayam. Harga bagi setiap menu di atas ialah RM 1.40,Rm 1.80 & RM 2. Kalau nak black pepper tambah lagi 40 sen,kalau nak cheese tambah lagi RM 1.

Ini adalah salah satu menu kat gerai burger tu, burger daging. Sebelah tu rokok milik Paan Bonzer (kotak rokok ni takde gambar keguguran bayi lagi....). Gerai ni juga ada jual teh o,teh ais,milo dan sirap bandung.

Siapa2 yang tak pernah makan burger, dalam gambar ni Mat Nor ada tunjukkan cara2 makan burger. Burger ni perlu dipegang dengan 2 belah tangan bila nak makan,baru nampak style.....

Ni la gambar gerai burger tu waktu siang,gambar ni diambil dari atas bilik aku. Bus stop warna putih tu la yang akan jadi gerai burger bila malam. Lepas ni siapa2 yang kebulur tengah malam,datang lah ke gerai burger ni.....

Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)


salam semua....

Keputusan tawaran matrikulasi akan keluar 17 april 2009 ni. Budak2 lepas SPM yang mohon matrik mesti tengah tunggu result korang dapat matrik mana. Tahun ini 3 matrikulasi teknikal mula dibuka iaitu di Pendang,Jengka & Pontian.

Adik aku pun ada mohon matrik jugak,tapi kalau boleh dia tak nak pergi matrik,dia nak ambil UPU. Aku tak kisah pun dia nak pergi mana,janji dia bahagia sudah la....

Untuk post kali ni,aku nak cerita pasal matrik aku,Kolej Matrikulasi Perak (KMPk).Mungkin post ni berguna untuk siapa2 yang dapat sambung belajar kat sini. Matrik ni letaknya kat kawasan Gopeng. Sebelah matrik ni ialah SBPI Gopeng. Matrik ni terletak 4 km dari pekan Gopeng dan 24 km dari Ipoh.Aku belajar kat matrik ni dari Mei 2006 - April 2009.

Perkara pertama yang buat aku tertarik dengan KMPk ialah masjidnya.
Dalam gambar ni korang boleh tengok masjid ni seakan-akan terapung. Sebenarnya tak terapung pun,cuma sebahagian masjid ni je yang dikelilingi air, Sebelah lagi daratan. Kolam ni bukan setakat kolam kosong je,ada ikan dalam kolam ni. Ada budak batch aku tangkap ikan dalam kolam ni,lepas tu buat kan bakar. Tapi aku tak lalu nak makan ikan dalam kolam ni sebab entah dah berapa ekor bangkai kucing terpung dalam kolam tu. Ikan dalam kolam tu pun dah puas makan bangkai kucing. Siapa yang dah makan ikan dalam kolam tu memang sah-sah ada bangkai kucing dalam perut korang,WEKKKK......
Ini pula gambar gambar Dewan Serbaguna. Kat sini la warga KMPk main badminton,buat function,pergi perhimpunan (boring betul,dah la kena duduk bersila,perhimpunan kat MRSM aku pon duduk kat kerusi),dan tempat peperiksaan. Waktu petang memang penuh orang main badminton kat sini. Kalau lambat cop tempat, datang hari esok je la....,jangan harap dapat main. Belakang dewan ni ada court squash. Nak main squash pun kena berebut macam main badminton. Masa aku kat matrik dulu,aku paling angin dengan satu couple ni. Couple ni klau main squash tak ingat orang lain yang tengah tunggu turn. Bajet diaorang je la couple kat KMPk.


Kat gambar ni korang boleh tengok dataran dan bangunan library. Kalau ada apa2 karnival, buat kat dataran ni la....Library KMPk ni setinggi 2 tingkat. Aku & classmate aku kalau lepak library, suka usha perempuan2 kat sini. Lepas tu buat perbandingan siapa yang terbaik. Dekat tingkat atas library ada 1 kedai fotostat.
KMPk ni dibina di kawasan berbukit. Gambar kat atas ni menunjukkan puncak tertinggi di KMPk. kat atas bukit ni ada tangki air (yang warna putih macam UFO tu....),banglo pengarah dan kediaman staf KMPk.
Gambar ni pulak diambil dari atas bukit. Kat atas bukit ni korang boleh tengok seluruh KMPk!
Dekat sini la student suka ambil gambar dan lepak waktu petang. Pemandangan bukit ni mengadap arah matahari terbit. Aku selalu lepak sini lepas habis joging masa hujung minggu (xde la tiap2 minggu joging pun).


KMPk ni ada 3 kafe untuk student & 1 kafe staf. Blok kediaman lelaki ada 1 kafe (kafe A). Student perempuan lebih beruntung sebab dekat dengan 2 kafe student (kafe B & C) & 1 cafe staf. Masa aku study kat sini dulu, kafe A yang paling hampeh,macam tak nak berniaga je kafe ni. Peti ais Kafe A ni selalu kosong, tak pernah nak tambah stok dalam peti ais tu. Lauk pulak tak banyak,lauk tengah hari yang tak habis akan dibawa sampai ke tengah malam. Makanan mahal & sedap. Aku lagi sanggup jalan kaki pergi kafe yang jauh sikit daripada makan kat sini.

Matrik ni ada 3 blok hostel perempuan & 2 blok hostel laki. Biasanya student KMPk keluar outing pergi Jusco (JJ), Ipoh Parade & Greentown Mall (GM). Masa aku belajar dulu dapat elaun RM1k setiap sem,rasenye sekarang ni dah naik elaun tu. Lepas baru dapat elaun,student KMPk akan beramai2 pergi GM untuk beli handset baru. Pengangkutan untuk outing tak ada masalah. Bas akan tunggu depan pintu pagar. Bas akan bawa ke pekan Gopeng, medan Gopeng (bus stand), JJ & Ipoh Parade.

Harap2 korang dapat banyak info pasal KMPk,kemudahan kat sini boleh dikatakan lengkap untuk pelajar matrikulasi. Aku betul2 suka dengan lagu KMPk. Lagu dia memang mencengkam jiwa la aku cakap....

Sumber rujukan:
http://www.kmpk.matrik.edu.my/
http://profiles.friendster.com/26798580

Tuesday, April 14, 2009

sneezing panda @ panda bersin



salam semua.....
1st time aku tengok video ni,gelak terguling-guling aku. Video ni kawan aku yang hantar kat aku (terima kasih shazuan).
Kalau korang dah tengok video tu, cuba korang teka, siapa yang bersin sebenarnya, emak panda atau anak panda?

final exam UTeM



Salam semua...
sekarang ni semua IPTA dah mula atau akan mula exam. Student UTeM dah mula exam dari 13 april lagi. Kat UTeM sem ni tak ada study week,agak serabut la jugak kitaorang study sem ni. Nak buat camne, dah nasib badan....
Semester ni aku ambil 6 paper dalam masa 8 hari,tempoh exam paling singkat aku pernah alami kat UTeM.Semester sebelum ni akulti aku yang paling lambat habis exam. 22 april iaitu hari terakhir aku exam,aku ada 2 pape, pagi & petang. Memang kejang otak aku nak study....

Kepada semua kawan2 dan pembaca blog ni,aku ucapkan selamat menduduki peperiksaan. Janganlah kamu semua meniru masa peperiksaan.
Hmm.....aku teringat dengan sorang classmate aku yang terhantar 'toyol' sekali dengan kertas jawapan. Nasib baik lecturer aku sporting,kawan aku tu pun selamat....

Monday, April 13, 2009

Melaka Rivercruise



salam semua....
untuk post ni, aku nak citer pasal Melaka Rivercruise. Aku dah naik Melaka Rivercruise ni dgn 2 orang kawan aku. Memang puas hati aku cakap....,dengan harga tiket RM10,banyak benda kita dapat tengok. Lagi berbaloi naik Melaka Rivercruise ni daripada naik Eye On Malaysia atau Menara Taming Sari. Tapi aku dapat tiket free,so selamat RM10 aku,hehe....,nanti aku bagitau camne nak dapat tiket free tu....



Untuk naik Melaka Rivercruise,korang kena beli tiket dekat Taman Rempah,berharga RM10 (dewasa),RM5 (kanak2). Taman Rempah ni letaknya kat sebelah Jambatan Hang Jebat.Bot akan bertolak setiap 30 minit. Dari sini korang akan dibawa menyusuri Sungai Melaka selama 40-50 minit.Bot akan bawa korang sampai ke Muzium Samudera (yg bentuk macam kapal tu...),berhenti dalam 15 minit kat situ,lepas tu patah balik ke Taman Rempah.


Sepanjang atas bot ni, macam-macam benda korang boleh tengok. Korang boleh tengok Kampung Morten (kampug orang melayu kat bandar Melaka),Eye of Melaka, Stadhuys (bangunan warna oren), & kincir air.






Sampai dekat Muzium Samudera, bot akan berhenti dalam 15 minit,masa tu korang boleh la nak ambik gambar. Kebetulan masa aku pergi,ada pameran tanglung kat situ. Memang bercahaya la tempat tu. Macam2 bentuk tanglung ada.Tanglung bentuk naga, bentuk Taming Sari,bentuk Eye On Malaysia, macam2 la,aku pon tak ingat lagi yang lain2 tu.

Lepas habis 15 minit, bertolak semula ke Taman Rempah. Masa aku patah balik ke Taman Rempah tu,matahari dah takde (dah malam laa maksud aku....). Kiri kanak tebong sungai dihiasi dengan tanglung dan lampu hiasan. Rumah di Kampung Morten pun dihias dengan macam2 lampu. Siapa2 yang nak honeymoon tu, tak payah pegi jauh2,naik Melaka Rivercruise ni sudah....












































Ok...siapa2 yg nak naik Melaka Rivercruise ni, aku nasihat kan naik waktu petang,bila dah nak senja. Aku naik naik Melaka Rivercruise daripada pukul 6.45 petang. Perjalanan pergi aku dapat tengok pemandangan waktu siang, perjalanan balik aku dapat tengok pemandangan waktu malam. Lagi satu, kalau boleh pergi masa hari bekerja (weekdays) sebab tak ramai orang masa tu. Masa aku pergi hari Selasa,cuma ada 4 orang je dalam bot tu. Bot tu pulak boleh berhenti kat tempat yg aku nak ambil gambar. Kalau korang pergi masa cuti sekolah, jangan harap laa bot tu nak berhenti untuk korang :p.

Kalau korang nak menang tiket free untuk naik Melaka Rivercruise, tiap2 pagi Sabtu ada senamrobik & jogging kat Taman Rempah. Lepas habis senamrobik & jogging,ada cabutan bertuah. Antara hadiahnya ialah tiket Melaka Rivercruise. So....rajin2 la bawa diri tu pergi Taman Rempah setiap pagi Sabtu (P/S: siapa yang tak jogging aka mengelat masa joging,tak dapat kupon untuk cabutan bertuah,ada orang akan tunggu kat penghujung trek jogging)