Thursday, April 16, 2009

Gerai burger

Salam semua....
Masa exam ni kalau tak stay up memang tak sah. Bila dah stay up, confirm lapar bila tengah malam. Bagi aku yang duduk dekat Bukit Beruang, makan tak jadi masalah sebab kedai mamak memang buka sampai awal pagi. Yang penting ada duit. Untuk post kali ni aku nak cerita satu tempat makan. Bukan kedai mamak, tapi gerai burger yang tak jauh dari pintu masuk MMU Melaka dan Emerald Park.

Gerai burger ni buka malam je,siang tutup. Gerai ni dibuka di satu bus stop (aku tak pernah tengok pun orang tunggu bas kat bus stop tu). Gerai ni menjual benjo, burger daging & burger ayam. Harga bagi setiap menu di atas ialah RM 1.40,Rm 1.80 & RM 2. Kalau nak black pepper tambah lagi 40 sen,kalau nak cheese tambah lagi RM 1.

Ini adalah salah satu menu kat gerai burger tu, burger daging. Sebelah tu rokok milik Paan Bonzer (kotak rokok ni takde gambar keguguran bayi lagi....). Gerai ni juga ada jual teh o,teh ais,milo dan sirap bandung.

Siapa2 yang tak pernah makan burger, dalam gambar ni Mat Nor ada tunjukkan cara2 makan burger. Burger ni perlu dipegang dengan 2 belah tangan bila nak makan,baru nampak style.....

Ni la gambar gerai burger tu waktu siang,gambar ni diambil dari atas bilik aku. Bus stop warna putih tu la yang akan jadi gerai burger bila malam. Lepas ni siapa2 yang kebulur tengah malam,datang lah ke gerai burger ni.....

2 comments:

  1. sedapnye nmpk burger tu...
    lame da tak makan.. =(

    ReplyDelete
  2. mmg sedap burger dia. nama tokeh dia eddy. kawan baik aku dari kecil. dia juga salah sorg kawan yg aku salute. actually tangan dia lumpuh sebelah kanan. dh 10 tahun rasanya. tapi berkat semangat dia berniaga burger sahaja dia dapat kumpul duit beli kereta, van dan rumah di ayer keroh. dan yang paling best dgn berkat berniaga tu jugak lah dia dpt kahwin. dh ada dua org chaya mata pun. so kalau nk makan burger kat bkt beruang mmg aku rekmen kedai dia. mayonis dia tak kemut punya. haha..

    ReplyDelete