Saturday, May 9, 2009

jonker walk melaka


salam semua....
kalau di KL ada Petaling Street aka Chinatown versi KL, Melaka pun ada Chinatown sendiri iaitu Jonker Walk. Jonker Walk ni terletak di Jalan Hang Jebat. Pada waktu malam, jalan ini akan ditutup daripada lalu-lintas dan banyak gerai akan dibuka di kiri & kanan jalan ini. Oleh kerana Jonker Walk ialah Chinatown, kebanyakan peniaga di sini adalah berbangsa Cina.

Kalau ada yang ingat Jonker Walk ni macam pasar malam, korang memang silap. Ya, kat Jonker Walk memang ada jual wallet, permainan, kuih (tart nenas, baulu, pau, etc.), makanan (dim sum,sotong kering bakar, yong tau fu), sunglasses dan segala apa yang ada kat pasar malam. Tapi kat Jonker Walk juga ada jual benda yang takde kat pasar malam biasa.


Kat Jonker Walk korang boleh jumpa peniaga yang menjual syiling & wang kertas lama. Antara syiling yang dijual ialah syiling RM5 (kat belakang syiling ni ada gambar Tunku Abdul Rahman), syiling zaman British (ada gambar Queen Elizabeth) dan syiling daripada luar negara (Singapore, Solomon Island, Britain). Wang kertas yang boleh didapati kat sini ialah not RM20 (warna kelabu, gambar Bank Negara), duit pisang (duit kertas zaman jepun, gambar pokok pisang), not RM10 lama dan duit kertas dari luar negara (Brunei, Arab Saudi, Indonesia, etc.). Kalau nak beli syiling & duit lama kat sini, korang kena pandai runding harga dengan peniaga kat sini. Pandai berunding dapat laa harga murah.

Koleksi barang2 antik pun ada dijual di sini macam, tapi aku tak dapat nak ambil gambar barang2 antik tu sebab kedai antik kat situ tak bagi orang ambil gambar. Antara barang antik yang ada kat sini ialah tepak sirih, pinggan porselin, keris dan lain2.

Kalau ada yang tercari2 kaligrafi Cina, kat sini ada sorang peniaga menghasilkan kaligrafi Cina. Korang boleh tengok dari dekat camne peniaga ni menghasilkan kaligrafi di atas kertas. Walaupun cacat kedua2 belah tangan, kaligrafi yang dihasilkan agak menarik. Tapi jangan korang minta dia buat kaligrafi jawi, menangis pulak dia nanti.....Sebab aku tak pandai berbahasa Cina, aku pun tak tau apa yang ditulis kat kaligrafi tu,hehe...,nak tau kena la pergi sendiri kat Jonker Walk.
Sape2 yang teringin buat tatoo, boleh buat kat Jonker Walk. Tapi tatoo ni tak permanent, 7 - 21 hari hilang dari badan. Tapi aku nak tegas kan kat sini, tatoo adalah HARAM di sisi Islam even tatoo yang tak permanent.


Aksesori seperti gelang dan rantai ada dijual di sini. Agak stylo jugak gelang & rantai yang ada kat sini. Macam2 design ada sampai rambang mata. Sempat jugak aku usha beberapa rantai, antara yang stylo ialah rantai berlambang kepala kerbau, lambang Naruto & lambang peace. Kat Jonker Walk ni jugak kedai2 yang dijadikan bar, orang ramai boleh berkaraoke,menari & minum minuman keras. Rupa bentuk kedai2 di sini masih dikekalkan, supaya kelihatan klasik.


Siapa2 yang nak menghias rumah ala2 Casa Impian, aksesori seperti lampu hiasan, replika senjata (pedang samurai, pistol, pisau) & lilin berbagai warna boleh dicari di sini. Barang2 yang dijual di sini boleh dikatakan eksotik,rasa2nya Eric Leong pun boleh jealous tengok rumah korang nanti. Cenderahati yang beridentitikan Melaka juga dijual di Jonker Walk, daripada key-chain, t-shirt, & mug semua boleh didapati di sini. Jika berjalan kaki mengikut Jalan Hang Jebat, korang akan jumpa Makam Hang Kasturi. Tapi masa aku pergi kat situ, makam itu ditutup, mungkin makam tu ditutup waktu malam.

Kawasan Jonker Street ini agak panjang, ada beberapa lorong yang aku tak masuk sebab dah penat berjalan kaki. Kalau nak pergi ke Jonker Walk, korang boleh letak kereta berhampiran Tamil Methodist Church, tak jauh dari Taman Kota Laksamana. Korang juga boleh meletak kereta di tepi sungai,berdekatan dengan Bangunan Stadhuys. Senang cerita..., korang buka link kat bawah, link ni peta lokasi Jonker Walk

http://maps.google.com/maps?q=jonker+walk+melaka&oe=utf-8&rls=org.mozilla:en-GB:official&client=firefox-a&um=1&ie=UTF-8&split=0&gl=my&ei=apsGSqS9GIWGkQXSqLXGAQ&sa=X&oi=geocode_result&ct=image&resnum=1

No comments:

Post a Comment