Monday, May 11, 2009

berhijrah ke rumah sewa

salam semua....
setelah 2 tahun tinggal di dalam kolej kediaman, akhirnya aku akan berpindah ke rumah sewa aku di 45, Jln. TU18, Taman Tasik Utama (TTU), Ayer Keroh. Dah menjadi peraturan kat UTeM, pelajar tahun 3 dan ke atas harus lah menetap di luar. Walaupun aku boleh memohon untuk tinggal di kolej kediaman, tapi apa gunanya tinggal di kolej kediaman tanpa rakan2 aku yang lain, dan dikelilingi junior yang aku tak pernah kenal. Kalau tinggal dengan junior, takde laa orang nak kejutkan aku pergi kelas,hmm....(selama aku satu rumah dengan classmate aku pun selalu datang kelas lewat :p)

Aku dah merasa tinggal di 3 kolej kediaman (Bunga Raya, Murni, Emerald Park). Waktu aku tinggal kat Bunga Raya, student perempuan Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) pun tinggal kat situ jugak. Seronok jugak masa tu sebab dapat naik bas pergi & balik kampus dengan student perempuan, dapat laa cuci mata sikit,maklumlah....kelas aku takde student perempuan. Waktu ni budak2 kelas aku agak famous di kalangan student FTMK sebab ramai budak2 kelas aku suka kacau student FTMK yang tinggal kat Bunga Raya,hehe....

Masa duduk Murni pulak agak terseksa,jauh dari kedai. Nak pergi mana2 mesti naik motor. Saiz bilik pun terlampau kecil. Waktu kat Murni, laptop sorang housemate aku kena curi. Kesimpulannya Murni bukan kolej kediaman yang aku suka.


Nasib baik laa bila masuk sem 4 aku pindah kat Emerald Park, kolej kediaman paling mwah kat UTeM. Security kat sini agak baik. Nak buka pintu kat tangga pun kena scan kad kat scanner. Kat sini student UTeM berkongsi kolej kediaman dengan student MMU. Sepanjang aku duduk kat sini, tak pernah pulak aku tegur student MMU. Student UTeM kata student MMU sombong sebab student MMU kaya, student MMU pulak kata student UTeM sombong sebab student UTeM pandai. Aku pun tak tau siapa yang sombong sebenarnya.


Bila dah pindah ke rumah sewa, adalah beberapa perkara yang tak boleh nak buat di rumah sewa. Antaranya ialah:

1. Tak dapat nak menjerit2 sesuka hati. Maklumlah tinggal berjiran, kena laa hormat jiran yang ada anak kecik

2. Tak dapat nak pergi makan kat Infasha, Impiana & air buah. Garlic cheese nan, kangen sama kamu.....

3. Tak boleh nak membazir elektrik. Kalau kat kolej kediaman, membazir laa banyak mana pun, tak payah nak bayar bil.

4. Tak dapat nak pasang woofer kuat2

Akhir kata dari aku, adios kolej kediaman, hola rumah sewa....

Saturday, May 9, 2009

jonker walk melaka


salam semua....
kalau di KL ada Petaling Street aka Chinatown versi KL, Melaka pun ada Chinatown sendiri iaitu Jonker Walk. Jonker Walk ni terletak di Jalan Hang Jebat. Pada waktu malam, jalan ini akan ditutup daripada lalu-lintas dan banyak gerai akan dibuka di kiri & kanan jalan ini. Oleh kerana Jonker Walk ialah Chinatown, kebanyakan peniaga di sini adalah berbangsa Cina.

Kalau ada yang ingat Jonker Walk ni macam pasar malam, korang memang silap. Ya, kat Jonker Walk memang ada jual wallet, permainan, kuih (tart nenas, baulu, pau, etc.), makanan (dim sum,sotong kering bakar, yong tau fu), sunglasses dan segala apa yang ada kat pasar malam. Tapi kat Jonker Walk juga ada jual benda yang takde kat pasar malam biasa.


Kat Jonker Walk korang boleh jumpa peniaga yang menjual syiling & wang kertas lama. Antara syiling yang dijual ialah syiling RM5 (kat belakang syiling ni ada gambar Tunku Abdul Rahman), syiling zaman British (ada gambar Queen Elizabeth) dan syiling daripada luar negara (Singapore, Solomon Island, Britain). Wang kertas yang boleh didapati kat sini ialah not RM20 (warna kelabu, gambar Bank Negara), duit pisang (duit kertas zaman jepun, gambar pokok pisang), not RM10 lama dan duit kertas dari luar negara (Brunei, Arab Saudi, Indonesia, etc.). Kalau nak beli syiling & duit lama kat sini, korang kena pandai runding harga dengan peniaga kat sini. Pandai berunding dapat laa harga murah.

Koleksi barang2 antik pun ada dijual di sini macam, tapi aku tak dapat nak ambil gambar barang2 antik tu sebab kedai antik kat situ tak bagi orang ambil gambar. Antara barang antik yang ada kat sini ialah tepak sirih, pinggan porselin, keris dan lain2.

Kalau ada yang tercari2 kaligrafi Cina, kat sini ada sorang peniaga menghasilkan kaligrafi Cina. Korang boleh tengok dari dekat camne peniaga ni menghasilkan kaligrafi di atas kertas. Walaupun cacat kedua2 belah tangan, kaligrafi yang dihasilkan agak menarik. Tapi jangan korang minta dia buat kaligrafi jawi, menangis pulak dia nanti.....Sebab aku tak pandai berbahasa Cina, aku pun tak tau apa yang ditulis kat kaligrafi tu,hehe...,nak tau kena la pergi sendiri kat Jonker Walk.
Sape2 yang teringin buat tatoo, boleh buat kat Jonker Walk. Tapi tatoo ni tak permanent, 7 - 21 hari hilang dari badan. Tapi aku nak tegas kan kat sini, tatoo adalah HARAM di sisi Islam even tatoo yang tak permanent.


Aksesori seperti gelang dan rantai ada dijual di sini. Agak stylo jugak gelang & rantai yang ada kat sini. Macam2 design ada sampai rambang mata. Sempat jugak aku usha beberapa rantai, antara yang stylo ialah rantai berlambang kepala kerbau, lambang Naruto & lambang peace. Kat Jonker Walk ni jugak kedai2 yang dijadikan bar, orang ramai boleh berkaraoke,menari & minum minuman keras. Rupa bentuk kedai2 di sini masih dikekalkan, supaya kelihatan klasik.


Siapa2 yang nak menghias rumah ala2 Casa Impian, aksesori seperti lampu hiasan, replika senjata (pedang samurai, pistol, pisau) & lilin berbagai warna boleh dicari di sini. Barang2 yang dijual di sini boleh dikatakan eksotik,rasa2nya Eric Leong pun boleh jealous tengok rumah korang nanti. Cenderahati yang beridentitikan Melaka juga dijual di Jonker Walk, daripada key-chain, t-shirt, & mug semua boleh didapati di sini. Jika berjalan kaki mengikut Jalan Hang Jebat, korang akan jumpa Makam Hang Kasturi. Tapi masa aku pergi kat situ, makam itu ditutup, mungkin makam tu ditutup waktu malam.

Kawasan Jonker Street ini agak panjang, ada beberapa lorong yang aku tak masuk sebab dah penat berjalan kaki. Kalau nak pergi ke Jonker Walk, korang boleh letak kereta berhampiran Tamil Methodist Church, tak jauh dari Taman Kota Laksamana. Korang juga boleh meletak kereta di tepi sungai,berdekatan dengan Bangunan Stadhuys. Senang cerita..., korang buka link kat bawah, link ni peta lokasi Jonker Walk

http://maps.google.com/maps?q=jonker+walk+melaka&oe=utf-8&rls=org.mozilla:en-GB:official&client=firefox-a&um=1&ie=UTF-8&split=0&gl=my&ei=apsGSqS9GIWGkQXSqLXGAQ&sa=X&oi=geocode_result&ct=image&resnum=1

kesukaran mengupdate blog

salam semua....
sejak mula cuti sem ni, aku jarang online sebab rumah aku xde internet, kalau nak online terpaksalah aku pergi CC. Takde laa jauh sangat CC tu....., tapi sebab aku ni malas nak keluar rumah, terbiar je blog aku ni.....

terkejut aku bila dah 2 minggu tak buka blog ni, makin ramai view blog aku, terharu aku, sob3x...
ni yang buat aku semangat nak buat post baru...

Thursday, April 23, 2009

aktiviti selepas habis final exam

salam semua....
aku betul2 lega lepas habis final exam, tak payah fikir nak study, sedangkan ramai lagi kawan-kawan aku yang tengah serabut baca buku (exam diaorang tak habis lagi....).

Sehari lepas final exam, kawan aku ajak makan kat McD Ayer Keroh. McD ni letaknya kat sebelah Taman Buaya & depan Zoo Melaka. McD ni dibuka 24 jam. Siapa yang nak tapau bawa balik rumah, McD ni ada Drive Thru.Sebelum menggunakan kemudahan Drive Thru, pastikan korang bawa kereta sendiri, jangan la korang dengan selamba jalan kaki pergi kat Drive Thru & order menu kat situ...... Kemudahan WiFi jugak ada kat sini. Siapa2 yang suka tengok EPL, boleh bawak kawan2 lepak kat sini sebab kat bahagian luar, ada disediakan TV flat screen.


Selepas diajak kawan aku untuk makan kat sini, aku pun terus setuju. Ye laa..., kat area rumah aku tu tak ada McD, takut kempunan je nanti masa cuti sem. Agak ramai jugak orang masa aku datang kat sini. Abang McD tu ada bagitau ada kerja kosong kat McD tu, emm....,patut tak aku kerja kat situ?

Untuk santapan aku, aku order Big n Tasty (big set), dalam set tu dapat la burger daging yang mengandungi mayonis, keju, tomato dan salad. Kat bawah ni adalah gambar Big n Tasty sebelum masuk dalam perut aku



kat bawah ni lak gambar orang - orang yang tengah sedap melahap produk Yahudi tu, hehe...ingat2 la sikit kat orang Palestin yang ditindas tu....

Wednesday, April 22, 2009

goodbye sem 4.....

Pada hari rabu, 23 april 2009, bertempat di Kompleks Sukan UTeM, berakhirlah sem 4 aku kat UTeM, haha.....Sem ni tak tau la kenapa course aku habis exam awal. Kalau sem sebelum ni, course aku la yang jadi penunggu kat UTeM ni sampai laa habis semua paper exam yang ada kat sini. Sem ni memang course lain jealous la dengan course automotif,he....

aku akan bercuti sampai 5 julai 2009, lebih kurang 2 bulan ++ jugak la aku cuti,
emm.... nak watpe yek cuti ni? Mulai sem depan aku tak akan duduk di hostel UTeM lagi. Aku akan tinggal di rumah sewa kat Taman Tasik Utama (TTU). Ada kawan aku bercadang (tak tau laa jadi ke tak...) nak kerja kat area Melaka ni. Aku pun kalau boleh nak cari duit, tapi rasa malas pulak nak kerja :) .

Cuba korang bagi idea sikit apa aku patut buat cuti ni....,

Kat bawah ni aku sertakan sedikit gambar penderitaan budak-budak UTeM semasa musim exam

Lihat lah betapa menderitanya mereka study....,sampaikan ada yang tak pakai baju sebab kepanasan masa study....,takpe Haikal,bila kita masuk rumah sewa, kita pasang aircond kat rumah tu

Suasana macam ni cuma boleh dilihat bila dah dekat exam je. Suasana ini tak akan dapat dilihat pada hari-hari biasa, siapa2 yang study pada hari-hari biasa memang sah ada yang tak kena dengan orang tu....

Kepada mereka yang tak habis exam, teruskan perjuangan, aku doakan kejayaan korang semua...

Monday, April 20, 2009

computer games



salam semua...
rasanya 99% daripada orang yang membaca blog ni mesti pernah main video games. Kehidupan aku kat UTeM memang tak boleh lari daripada video games. Kadang-kadang kat kedai makan pun cerita pasal game lagi,aku yang tak berapa fanatik ni pun layan je la..... Kali ni aku nak cerita pasal 3 video games yang famous di kalangan classmate aku. 3 video games tu ialah DotA Allstars, Counter Strike (CS) & Pro Evolution Soccer.

Game DotA ni berasaskan game Warcraft 3. Dalam game ni, 2 kumpulan (Scourge & Sentinel) akan mempertahankan base dan Ancient masing-masing daripada diserang. Player boleh pilih berpuluh jenis hero (aku pon x tau jumlah sebenar berapa) untuk berlawan. Maksimum hero bagi setiap kmpulan ialah 5 hero. Hero ni akan dibantu oleh Creep. Player tak payah susah-susah nak kawal Creep, komputer akan kawal Creep.

Hero terbahagi kepada 3 kumpulan besar iaitu Strength, Agility & Intelligence. Setiap hero ada skil yang berlainan. Oleh kerana skil berlainan, items untuk setiap hero jugak berlainan. Gabungan antara items boleh membentuk recipe.Recipe boleh meningkatkan kuasa hero lagi tinggi daripada items. Kalau korang nak menang main game ni,pilih la items & recipe yang betul, kalau tak memang noob la korang....


Game kedua pulak ialah CS. Game ni daripada zaman aku sekolah sampai la sekarang masih bernyawa lagi. Kalau pegi cyber cafe mesti dapat tengok orang main game ni. Dalam game ni, player dibahagi kepada 2 kumpulan, Counter-terrorist & Terrorist. Mision bagi game ni adalah berbeza bagi setiap tempat. Contohnya jika bermain di 'de_dust',mission bagi Terrorist ialah meletakkan bom C4 di tempat yang ditetapkan, mission bagi Counter-terrorist pulak mematikan bom tu. Kalau main di 'cs_assault', misson bagi Counter-terrorist ialah menyelamatkan tebusan, manakala mission bagi Terrorist ialah mengelakkan tebusan daripada diselamatkan Counter-terrorist. Tapi biasanya budak2 yang main game ni tak ikut mission tu pon....,diaorang akan bunuh team lawan diaorang sampai takde lawan yang hidup.



Game ke-3 ialah PES, game yang patut dilayan oleh semua kaki bola. Game ni pesaing sengit kepada game FIFA. Pada aku, gameplay PES ni lagi best daripada FIFA. Skill dan pergerakan bola dia betul2 nampak hidup. Cuma yang kurangnya, game ni tak dapat lesen untuk semua liga,national team, kelab, stadium & player. Tu sebab ada liga,national team, kelab, stadium & player guna nama samaran (Premier league = England league, Chelsea = London FC, Podolski = Pomatski).

Tapi korang boleh edit sendiri semua nama tu. Jersi pon korang boleh ubah sendiri. Siapa2 yang advance tu, boleh edit & letak sponsor yang sebenar kat jersi. Yang menarik nya, national team Thailand pun ada dalam game ni...(bila laa national team Malaysia nak masuk dalam game ni). Untuk PES 2009 ni, ada satu mode baru iaitu 'Become A Legend'.

Saturday, April 18, 2009

Menara Taming Sari Melaka

salam semua...
Sejak lebih setahun yang lepas,Melaka ada satu lagi tempat pelancongan baru iaitu Menara Taming Sari. Menara ini mula dibuka pada 18 April 2008. Aku dah naik menara ni 2 kali. First time aku naik dengan housemate aku. Masa tu menara ni baru buka tak sampai seminggu, dan aku pulak baru nak mula final exam untuk sem 2 kat UTeM.Kali kedua pulak aku naik sehari sebelum hari kebangsaan tahun yang sama.

Menara setinggi 110 meter ni adalah menara pemandangan yang boleh berpusing 360 darjah. Menara ini terletak di Bandar Hilir. Menara ni dekat je dengan tempat pelancongan lain seperti A Famosa, Memorial Kemerdekaan, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Muzium Samudera, Stadhuys, dan Bukit St Paul. Bentuk menara ini diilhamkan daripada keris Taming Sari milik Hang Tuah.


4 orang dalam gambar ni ialah orang-orang yang berjaya naik Menara Taming Sari,ngehehe....asalnya pergi 6 orang, tapi lagi 2 orang tu takut nak naik menara ni.

Harga tiket untuk menaiki menara ini ialah RM20 bagi dewasa dan RM 10 bagi kanak-kanak.Kalau bawa IC dapat diskaun 50% dari harga di atas. Menara ini dilengkapi kerusi dan air-cond,dan sepanjang dalam menara ni,korang akan disajikan dengan lagu-lagu tradisional Melayu. Menara ini mengambil masa 1 minit untuk naik ke atas, 5 minit untuk menara ini kekal di atas & berputar supaya pengunjung boleh melihat pemandangan, dan 1 minit untuk menara ini turun ke bawah semula.



Ini adalah antara beberapa gambar yang dapat kitaorag tangkap atas Menara Taming Sari. Daripada atas menara, korang boleh tengok pemandangan seluruh bandar Melaka, Selat Melaka dan kalau datang petang,boleh tengok matahari terbenam.

Sebenarnya tapak menara ini telah dpindahkan daripada tapak asal. Semasa pembinaan menara ini sedang dijalankan di tapak asal, terdapat runtuhan kota ditemui,dipercayai kota ini dibina semasa zaman Portugis. Satu usaha yang baik dalam memelihara artifak zaman silam.

Untuk pergi ke Menara Taming Sari, korang boleh naik bas yang menghala ke Mahkota Parade. Kalau nak datang dengan kereta sendiri, korang boleh ikut Jalan Taming Sari. Daripada simpang Masjid Al-Azim, terus menghala ke bandar Melaka,jangan belok ke mana-mana selagi tak nampak Menara Taming Sari kat sebelah kiri. Tapi kalau naik kereta sendiri,siap sedia laa dengan traffic jam,lagi2 kalau cuti sekolah.

Sumber rujukan :
http://www.menaratamingsari.com/about-us.html