Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Saturday, May 9, 2009

jonker walk melaka


salam semua....
kalau di KL ada Petaling Street aka Chinatown versi KL, Melaka pun ada Chinatown sendiri iaitu Jonker Walk. Jonker Walk ni terletak di Jalan Hang Jebat. Pada waktu malam, jalan ini akan ditutup daripada lalu-lintas dan banyak gerai akan dibuka di kiri & kanan jalan ini. Oleh kerana Jonker Walk ialah Chinatown, kebanyakan peniaga di sini adalah berbangsa Cina.

Kalau ada yang ingat Jonker Walk ni macam pasar malam, korang memang silap. Ya, kat Jonker Walk memang ada jual wallet, permainan, kuih (tart nenas, baulu, pau, etc.), makanan (dim sum,sotong kering bakar, yong tau fu), sunglasses dan segala apa yang ada kat pasar malam. Tapi kat Jonker Walk juga ada jual benda yang takde kat pasar malam biasa.


Kat Jonker Walk korang boleh jumpa peniaga yang menjual syiling & wang kertas lama. Antara syiling yang dijual ialah syiling RM5 (kat belakang syiling ni ada gambar Tunku Abdul Rahman), syiling zaman British (ada gambar Queen Elizabeth) dan syiling daripada luar negara (Singapore, Solomon Island, Britain). Wang kertas yang boleh didapati kat sini ialah not RM20 (warna kelabu, gambar Bank Negara), duit pisang (duit kertas zaman jepun, gambar pokok pisang), not RM10 lama dan duit kertas dari luar negara (Brunei, Arab Saudi, Indonesia, etc.). Kalau nak beli syiling & duit lama kat sini, korang kena pandai runding harga dengan peniaga kat sini. Pandai berunding dapat laa harga murah.

Koleksi barang2 antik pun ada dijual di sini macam, tapi aku tak dapat nak ambil gambar barang2 antik tu sebab kedai antik kat situ tak bagi orang ambil gambar. Antara barang antik yang ada kat sini ialah tepak sirih, pinggan porselin, keris dan lain2.

Kalau ada yang tercari2 kaligrafi Cina, kat sini ada sorang peniaga menghasilkan kaligrafi Cina. Korang boleh tengok dari dekat camne peniaga ni menghasilkan kaligrafi di atas kertas. Walaupun cacat kedua2 belah tangan, kaligrafi yang dihasilkan agak menarik. Tapi jangan korang minta dia buat kaligrafi jawi, menangis pulak dia nanti.....Sebab aku tak pandai berbahasa Cina, aku pun tak tau apa yang ditulis kat kaligrafi tu,hehe...,nak tau kena la pergi sendiri kat Jonker Walk.
Sape2 yang teringin buat tatoo, boleh buat kat Jonker Walk. Tapi tatoo ni tak permanent, 7 - 21 hari hilang dari badan. Tapi aku nak tegas kan kat sini, tatoo adalah HARAM di sisi Islam even tatoo yang tak permanent.


Aksesori seperti gelang dan rantai ada dijual di sini. Agak stylo jugak gelang & rantai yang ada kat sini. Macam2 design ada sampai rambang mata. Sempat jugak aku usha beberapa rantai, antara yang stylo ialah rantai berlambang kepala kerbau, lambang Naruto & lambang peace. Kat Jonker Walk ni jugak kedai2 yang dijadikan bar, orang ramai boleh berkaraoke,menari & minum minuman keras. Rupa bentuk kedai2 di sini masih dikekalkan, supaya kelihatan klasik.


Siapa2 yang nak menghias rumah ala2 Casa Impian, aksesori seperti lampu hiasan, replika senjata (pedang samurai, pistol, pisau) & lilin berbagai warna boleh dicari di sini. Barang2 yang dijual di sini boleh dikatakan eksotik,rasa2nya Eric Leong pun boleh jealous tengok rumah korang nanti. Cenderahati yang beridentitikan Melaka juga dijual di Jonker Walk, daripada key-chain, t-shirt, & mug semua boleh didapati di sini. Jika berjalan kaki mengikut Jalan Hang Jebat, korang akan jumpa Makam Hang Kasturi. Tapi masa aku pergi kat situ, makam itu ditutup, mungkin makam tu ditutup waktu malam.

Kawasan Jonker Street ini agak panjang, ada beberapa lorong yang aku tak masuk sebab dah penat berjalan kaki. Kalau nak pergi ke Jonker Walk, korang boleh letak kereta berhampiran Tamil Methodist Church, tak jauh dari Taman Kota Laksamana. Korang juga boleh meletak kereta di tepi sungai,berdekatan dengan Bangunan Stadhuys. Senang cerita..., korang buka link kat bawah, link ni peta lokasi Jonker Walk

http://maps.google.com/maps?q=jonker+walk+melaka&oe=utf-8&rls=org.mozilla:en-GB:official&client=firefox-a&um=1&ie=UTF-8&split=0&gl=my&ei=apsGSqS9GIWGkQXSqLXGAQ&sa=X&oi=geocode_result&ct=image&resnum=1

Saturday, April 18, 2009

Menara Taming Sari Melaka

salam semua...
Sejak lebih setahun yang lepas,Melaka ada satu lagi tempat pelancongan baru iaitu Menara Taming Sari. Menara ini mula dibuka pada 18 April 2008. Aku dah naik menara ni 2 kali. First time aku naik dengan housemate aku. Masa tu menara ni baru buka tak sampai seminggu, dan aku pulak baru nak mula final exam untuk sem 2 kat UTeM.Kali kedua pulak aku naik sehari sebelum hari kebangsaan tahun yang sama.

Menara setinggi 110 meter ni adalah menara pemandangan yang boleh berpusing 360 darjah. Menara ini terletak di Bandar Hilir. Menara ni dekat je dengan tempat pelancongan lain seperti A Famosa, Memorial Kemerdekaan, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Muzium Samudera, Stadhuys, dan Bukit St Paul. Bentuk menara ini diilhamkan daripada keris Taming Sari milik Hang Tuah.


4 orang dalam gambar ni ialah orang-orang yang berjaya naik Menara Taming Sari,ngehehe....asalnya pergi 6 orang, tapi lagi 2 orang tu takut nak naik menara ni.

Harga tiket untuk menaiki menara ini ialah RM20 bagi dewasa dan RM 10 bagi kanak-kanak.Kalau bawa IC dapat diskaun 50% dari harga di atas. Menara ini dilengkapi kerusi dan air-cond,dan sepanjang dalam menara ni,korang akan disajikan dengan lagu-lagu tradisional Melayu. Menara ini mengambil masa 1 minit untuk naik ke atas, 5 minit untuk menara ini kekal di atas & berputar supaya pengunjung boleh melihat pemandangan, dan 1 minit untuk menara ini turun ke bawah semula.



Ini adalah antara beberapa gambar yang dapat kitaorag tangkap atas Menara Taming Sari. Daripada atas menara, korang boleh tengok pemandangan seluruh bandar Melaka, Selat Melaka dan kalau datang petang,boleh tengok matahari terbenam.

Sebenarnya tapak menara ini telah dpindahkan daripada tapak asal. Semasa pembinaan menara ini sedang dijalankan di tapak asal, terdapat runtuhan kota ditemui,dipercayai kota ini dibina semasa zaman Portugis. Satu usaha yang baik dalam memelihara artifak zaman silam.

Untuk pergi ke Menara Taming Sari, korang boleh naik bas yang menghala ke Mahkota Parade. Kalau nak datang dengan kereta sendiri, korang boleh ikut Jalan Taming Sari. Daripada simpang Masjid Al-Azim, terus menghala ke bandar Melaka,jangan belok ke mana-mana selagi tak nampak Menara Taming Sari kat sebelah kiri. Tapi kalau naik kereta sendiri,siap sedia laa dengan traffic jam,lagi2 kalau cuti sekolah.

Sumber rujukan :
http://www.menaratamingsari.com/about-us.html

Monday, April 13, 2009

Melaka Rivercruise



salam semua....
untuk post ni, aku nak citer pasal Melaka Rivercruise. Aku dah naik Melaka Rivercruise ni dgn 2 orang kawan aku. Memang puas hati aku cakap....,dengan harga tiket RM10,banyak benda kita dapat tengok. Lagi berbaloi naik Melaka Rivercruise ni daripada naik Eye On Malaysia atau Menara Taming Sari. Tapi aku dapat tiket free,so selamat RM10 aku,hehe....,nanti aku bagitau camne nak dapat tiket free tu....



Untuk naik Melaka Rivercruise,korang kena beli tiket dekat Taman Rempah,berharga RM10 (dewasa),RM5 (kanak2). Taman Rempah ni letaknya kat sebelah Jambatan Hang Jebat.Bot akan bertolak setiap 30 minit. Dari sini korang akan dibawa menyusuri Sungai Melaka selama 40-50 minit.Bot akan bawa korang sampai ke Muzium Samudera (yg bentuk macam kapal tu...),berhenti dalam 15 minit kat situ,lepas tu patah balik ke Taman Rempah.


Sepanjang atas bot ni, macam-macam benda korang boleh tengok. Korang boleh tengok Kampung Morten (kampug orang melayu kat bandar Melaka),Eye of Melaka, Stadhuys (bangunan warna oren), & kincir air.






Sampai dekat Muzium Samudera, bot akan berhenti dalam 15 minit,masa tu korang boleh la nak ambik gambar. Kebetulan masa aku pergi,ada pameran tanglung kat situ. Memang bercahaya la tempat tu. Macam2 bentuk tanglung ada.Tanglung bentuk naga, bentuk Taming Sari,bentuk Eye On Malaysia, macam2 la,aku pon tak ingat lagi yang lain2 tu.

Lepas habis 15 minit, bertolak semula ke Taman Rempah. Masa aku patah balik ke Taman Rempah tu,matahari dah takde (dah malam laa maksud aku....). Kiri kanak tebong sungai dihiasi dengan tanglung dan lampu hiasan. Rumah di Kampung Morten pun dihias dengan macam2 lampu. Siapa2 yang nak honeymoon tu, tak payah pegi jauh2,naik Melaka Rivercruise ni sudah....












































Ok...siapa2 yg nak naik Melaka Rivercruise ni, aku nasihat kan naik waktu petang,bila dah nak senja. Aku naik naik Melaka Rivercruise daripada pukul 6.45 petang. Perjalanan pergi aku dapat tengok pemandangan waktu siang, perjalanan balik aku dapat tengok pemandangan waktu malam. Lagi satu, kalau boleh pergi masa hari bekerja (weekdays) sebab tak ramai orang masa tu. Masa aku pergi hari Selasa,cuma ada 4 orang je dalam bot tu. Bot tu pulak boleh berhenti kat tempat yg aku nak ambil gambar. Kalau korang pergi masa cuti sekolah, jangan harap laa bot tu nak berhenti untuk korang :p.

Kalau korang nak menang tiket free untuk naik Melaka Rivercruise, tiap2 pagi Sabtu ada senamrobik & jogging kat Taman Rempah. Lepas habis senamrobik & jogging,ada cabutan bertuah. Antara hadiahnya ialah tiket Melaka Rivercruise. So....rajin2 la bawa diri tu pergi Taman Rempah setiap pagi Sabtu (P/S: siapa yang tak jogging aka mengelat masa joging,tak dapat kupon untuk cabutan bertuah,ada orang akan tunggu kat penghujung trek jogging)